Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Pengasas kampung ini, Allahyarham Che Ku Long Che Ku Awang bersama 11 lagi penduduk datang membuka kampung ini pada 1968. Ketika itu, mereka tertarik melihat sebuah kawasan berbukit di situ. Semua 11 penduduk itu berminat menjadikan kawasan bukit yang cantik itu sebagai tapak rumah masing-masing. Melihat kesungguhan penduduk terbabit yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, Che Ku Long bergurau dengan mengatakan cara mereka berebut mendapatkan kawasan bukit terbabit umpama berebut menyunting hati seorang anak dara sunti untuk dijadikan isteri. Seorang demi seorang penduduk terbabit kemudian memacak kayu di kawasan landai di bukit berkenaan sebagai tanda sempadan kerana terlalu ingin memiliki tanah di situ bagi dijadikan tapak rumah. Tindakan mereka boleh diibaratkan sebagai tanda ingin merisik atau meminang sebagaimana dilakukan lelaki apabila sudah berkenan dan ingin memperisterikan gadis idaman. Melihat berlaku perebutan tanah di kawasan bukit itu, Che Ku Long meminta bantuan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk menyelesaikan perkara itu supaya salahfaham tidak berlanjutan. Beberapa juruukur datang mengukur dan membahagikan kawasan tanah itu kepada penduduk untuk didirikan rumah kediaman mereka yang kekal sehingga sekarang. Namun, yang lucunya apabila ada penduduk menceritakan juruukur terbabit juga berebut untuk mengukur kawasan tanah berbukit itu sehingga penduduk bergurau mengatakan mereka juga seperti berebut anak dara. Peristiwa perebutan tanah itu mungkin mendorong Che Ku Long dan penduduk lain bersetuju menamakan kampungi tu sebagai Kampung Bukit Anak Dara. Sebelum pembukaan kampung berkenaan pada 1968, kawasan itu dikenali sebagai Kampung Baru tetapi tiada orang menetap di situ, sebaliknya hanya ada beberapa kebun milik penduduk berhampiran.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


Jamuan Akhir Tahun PI1M Bukit Anak Dara

19 Disember 2015 | Aktiviti Terkini

Satu aktiviti jamuan akhir tahun PI1M Bukit Anak Dara telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Bukit Anak Dara. Peserta terdiri daripada penduduk Kg Bukit Anak Dara. baca selanjutnya

Gotong Royong

07 November 2015 | Aktiviti Terkini

Satu aktiviti Gotong Royong telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Bukit Anak Dara. Peserta terdiri daripada penduduk Kg Bukit Anak Dara. baca selanjutnya

Sambutan Hari Sukan Negara Dan Hari Warga Emas

10 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Satu sambutan Hari Sukan Negara dan Hari Warga Emas telah diadakan di Kg Bukit Anak Dara. Peserta terdiri daripada J3K, penduduk Kg Bukit Anak Dara dan para jemputan. baca selanjutnya

Peraduan Cari Perkataan & Mewarna @ PI1M Sempena Bulan Kemerdekaan

26 September 2015 | Aktiviti Terkini

Satu peraduan cari perkataan & mewarna bersempena sambutan bulan kemerdekaan telah diadakan di PI1M Bukit Anak Dara. Peserta terdiri daripada penduduk Kg Bukit Anak Dara dan para ibubapa. baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA BERSAMA JKKK KG BUKIT ANAK DARA @ Perkarangan Masjid Bukit Anak Dara

08 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Satu aktiviti jamuan Hari Raya bersempena sambutan Hari Raya telah diadakan di perkarangan Masjid Bukit Anak Dara. Pengunjung yang datang adalah terdiri daripada penduduk Kg Bukit Anak Dara dan pengunjung luar. baca selanjutnya

25 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Satu aktiviti gotong-royong telah diadakan di PI1M Bukit Anak Dara. Peserta adalah terdiri daripada ahli yang berdaftar dengan PI1M Bukit Anak Dara baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Riang Ria Raya @ PI1M

27 Jun 2015 | Aktiviti Terkini

Satu pertandingan mewarna bersempena Hari Raya yang menjelang tiba telah diadakan di PI1M Bukit Anak Dara. Seramai 10 orang telah menyertai pertandingan ini. baca selanjutnya

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti