Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Pengasas kampung ini, Allahyarham Che Ku Long Che Ku Awang bersama 11 lagi penduduk datang membuka kampung ini pada 1968. Ketika itu, mereka tertarik melihat sebuah kawasan berbukit di situ. Semua 11 penduduk itu berminat menjadikan kawasan bukit yang cantik itu sebagai tapak rumah masing-masing. Melihat kesungguhan penduduk terbabit yang tidak mahu mengalah antara satu sama lain, Che Ku Long bergurau dengan mengatakan cara mereka berebut mendapatkan kawasan bukit terbabit umpama berebut menyunting hati seorang anak dara sunti untuk dijadikan isteri. Seorang demi seorang penduduk terbabit kemudian memacak kayu di kawasan landai di bukit berkenaan sebagai tanda sempadan kerana terlalu ingin memiliki tanah di situ bagi dijadikan tapak rumah. Tindakan mereka boleh diibaratkan sebagai tanda ingin merisik atau meminang sebagaimana dilakukan lelaki apabila sudah berkenan dan ingin memperisterikan gadis idaman. Melihat berlaku perebutan tanah di kawasan bukit itu, Che Ku Long meminta bantuan Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk menyelesaikan perkara itu supaya salahfaham tidak berlanjutan. Beberapa juruukur datang mengukur dan membahagikan kawasan tanah itu kepada penduduk untuk didirikan rumah kediaman mereka yang kekal sehingga sekarang. Namun, yang lucunya apabila ada penduduk menceritakan juruukur terbabit juga berebut untuk mengukur kawasan tanah berbukit itu sehingga penduduk bergurau mengatakan mereka juga seperti berebut anak dara. Peristiwa perebutan tanah itu mungkin mendorong Che Ku Long dan penduduk lain bersetuju menamakan kampungi tu sebagai Kampung Bukit Anak Dara. Sebelum pembukaan kampung berkenaan pada 1968, kawasan itu dikenali sebagai Kampung Baru tetapi tiada orang menetap di situ, sebaliknya hanya ada beberapa kebun milik penduduk berhampiran.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM ADVOKASI PASCA PT3 @SMKSI & PASCA UPSR @SKKEMASEK

9 & 16 November 2016 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Bukit Anak Dara dengan kerjasama PI1M Binjai, PI1M Geliga, PI1M Bukit Kuang, PI1M Kg Bharu, dan PI1M Padang Kubu telah mengadakan Program Advokasi Pasca PT3 di SMK Sultan Ismail...baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

08 Oktober 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan sambutan Hari Sukan Negara dijalankan adalah untuk melahirkan penduduk yang berdaya saing, produktif dan menggalakkan komuniti setempat untuk bersukan dalam menjalani kehidupan yang sihat...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

GOTONG ROYONG

24 September 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti gotong royong adalah antara aktiviti tahunan yang dijalankan di PI1M dalam usaha memberi kesedaran kepada ahli Pusat Internet tentang kebersihan serta dapat mengeratkan hubungan dikalangan ahli dan petugas PI1M...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2016

6 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Jamuan Hari Raya ini diadakan bagi menghargai ahli-ahli PI1M yang telah banyak menyertai pelbagai aktiviti PI1M disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli dan pihak pengurusan PI1M...baca selanjutnya

HARI KOMUNITI PINTAR KEMAMAN

22 - 24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Hari Komuniti Pintar Kemaman merupakan inisiatif daripada pihak MCMC yang bertujuan untuk mempromosikan inisiatif komuniti pintar dalam membangunkan dan memanfaatkan ekosistem ICT dalam kalangan komuniti setempat...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Kad Hari Bapa & Hari Raya PI1M Bukit Anak Dara

18 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan ini diadakan bagi mencungkil bakat ahli-ahli PI1M disamping meningkatkan kreativiti dalam diri setiap ahli...baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Bukit Anak Dara

21 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Hari Terbuka ini diadakan bagi memperkenalkan dan mempromosi aktiviti-aktiviti yang PI1M jalankan sepanjang beroperasi disamping menarik orang ramai untuk menjadi ahli PI1M...baca selanjutnya

Beauty Workshop Skincare & Makeup Class Anjuran Bersama PI1M Bukit Kuang

22 April 2016 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini sangat menarik minat penduduk sekitar terutamanya surirumah yang ingin mempelajari cara-cara penjagaan diri...baca selanjutnya

Gotong Royong Muhibbah JKKK Kg Bukit Anak Dara

05 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Gotong-royong ini diadakan adalah untuk memupuk sikap suka pada kebersihan dalam diri penduduk sekitar...baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Online

28 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Mewarna ini dapat memberi pendedahan kepada ahli-ahli PI1M tentang...baca selanjutnya

Sambutan Maulidur Rasul Kg Bukit Anak Dara

08 January 2016 | Aktiviti Terkini

Pihak pengurusan PI1M dijemput untuk menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi peringkat Kg. Bukit Anak Dara...baca selanjutnya